Huraian Tajuk/Isu:
Adakah air mazi dan air mani itu najis?. Bagaimana sekiranya terkena pakaian sembahyang?.
Keputusan:
Air mazi itu bila terkena pada pakaian wajib dibasuh kerana air mazi adalah najis.Manakala air mani bila terkena pada pakaian tidak ada apa-apa halangan untuk digunakan sembahyang kerana air mani tidak najis.more fatwa
aku dapat dari kalam permata blog . credit to them kay.
Air Mani ( Rajih : Suci ): Cecair yang terpancut daripada kemaluan lelaki / perempuan apabila sampai kemuncak syahwatnya. Kesan keluarnya air mani menyebabkan lemahnya syahwat. Apabila ia basah maka ia pekat dan mempunyai bau seperti tepung adunan roti dan berlendir, jika kering ia berdebu apabila digosok dan berbau seperti telur yang kering.
Beza air mani lelaki dan wanita: Air mani wanita berwarna kuning. Kadang-kadang ia memutih disebabkan kuatnya syahwat. Air mani wanita dapat dikenalpasti dengan salah satu daripada dua cara. 1) Lemahnya syahwat 2 ) Baunya seperti air mani lelaki.
Air Mazi : Cecair yang keluar disebabkan rangsangan ketika permulaan ghairah. Sifatnya berwarna jernih dan cair ( tidak seperti lendir ).Adakala kita tidak perasan kehadirannya.
Ai Wadi : Cecair yang keluar akibat terlalu letih atau ketika mengangkat sesuatu yang amat berat. Sifatnya putih lendir seperti mani tetapi kekeruhannya tidak sama dan tidak mengeluarkan bau.
pic adik comel ni aku amek dari bapak die nye space.tq r
p/s = sudah tahu jangan buat2 tak tahu pulak ...jgn siakan solat anda .
No comments:
Post a Comment