bila kawan yg disakitinya x berhenti -henti mmberi kasih sayang
dan sokongan , insyaallah dialah akn mnjadi kawan yg paling
disayangi apabila insan tersebut kmbali sedar dari kesilapan lalu,
sebagai kawan kita sentiasalah berdoa agar kawan2 yg tegar menyakiti orang
lain supaya sedar akan sikap mereka yg keterlaluan itu.
(azwan ali & pak nil )
dulu ak baca cerita dorg ada salah faham tapi sekarang dh baik..alhamdulillah
apabila semua org mula meninggalkannya , dia pasti akan sedar betapa setianya kamu sbg seorang sahabat.
Dan dia akan cuba mmberi lbh dari kesetiaan itu sndri.
siapalah kita untuk melihat keburukkan org lain ,
siapalah kita untuk mengeji insan lain
sedangkan kita sendiri tidak sempurna,
bagaimana seorang yg tidak sempurna masih mmpu melihat ketidaksempurnaan orang lain. Sedangkan tidak pada dirinya sendiri ,
berhati-hatilah kerana ia mungkin dituruti bisikkan syaitan.
Apabila mmbenci janganlah mmbenci 100%
ini kisah benar beberapa kawan...
Seorang kawanku si A bergaduh dengan b
sedangkan sebelum ini mereka sngt rapat
sehingga rapat sehingga menggelarkan diri sebagai pasangan kembar
jadi impaknya pasti sangat besar apabila masing2 mmbuat hal sendiri.
Si B sebelum ini pernah dinasihatkan kawan2 lain
supaya tidak berkawan dengan A kerana sikap mengada si A dan sedikit gedik
namun dia tetap berkawan kerana mereka ada persamaan dan gembira bersama
Dia tetap dengan keputusannya untuk berkawan dengan A
sedangkan kawan2 yg lain mula mnjauhkan diri dari mereka
inilah pengornbanan seorang sahabat
iyalah mereka sudah berkawan dan tiada masalah antara mereka
xkan disebabkan perasaan tidak puas hati orang lain mereka harus berpisah
Mungkin kerana aku sudah lama berkawan dengan si B
jadi cerita ini kelihatan sedikit bias
bagi aku B banyak mmberi sokongan kepada si A yg bersikap sedikit childish
tidak mengapalah itu munkin semulajadinya
tpi si A juga seorang yg mengambil berat orangnya
Aku pelik Si A dahulunya agak garang
tapi bila bersama Si B dia bnyak mengikut pndapat SI B
Tapi Apabila terdapat sedikit persengketaan
maslah mula timbul
actually sudah lama aku tahu masalah mereka berdua
aku umpama org ketiga yg hanya suruh mereka bersabar dan berfikiran positif..
mereka saling memendam ras
disebabkan apabila tinggal bersama
sikap kurang enak antara satu sama lain dipendamkan sahaja
Berdasarkan cerita mereka berdua
aku dapati mmg dengan berdiam diri sahaja
yg dapat mengelakkan mereka dari bergaduh
tapi dengan berdiam diri juga menyebabkan mereka semakin jauh
rasa mereka sudah tidak penting lagi antara saru sama lain
saling tuduh menuduh pihak bertentangan yg tidak mahu menjernihkan hubungan
aku pelik kerana bila mndengar cerita yg sama dari kedua belah pihak
sikap yg sangat sama rupanya kadang2 membawa masalah
Si B agak sosial orangnya
jadi Si A menegurnya
bisalah kalau tidak boleh ditegur pasti org berdiam diri
jadi timbul isu lain
apbila tiba hari lahir si B
si A tidak ikut serta
tapi sebenarnya dia telah mmberi wang untuk sambutan
party tersebut.
tanpa pengetahuan si B
inilah pengorbanan dan kasih seorang sahabat.
jadi aku harap dan aku doakan suatu hari nanti mereka berbaik semula.
apabila mmbenci orang jangan lah mmbenci sepenuh dirimu
tinggallah sedikit kasih sayang sesama insan
kita tidak pernah tahu segalanya
sebab allah ciptkan kita manusia ini sangat tidak sempurna
kita tidak tahu orang yg kita benci mungkin telah
bergadai nyawa untuk kita
orang yang melakukkan kebaikkan keatasmu seikhlas hati
tidak pernah mmberitahu dan mengungkit kebaikkan itu
Dan selamanya kebaikkan yg ikhlas tidak akan pernah punyai bukti
Dan selamya org yg melakukannya tdk akan menakui kebaikkan yg ikhlas itu
dia menyimpannya sehingga mati
apabila kebaikkan atau perbuatan yg ikhlas itu diungkit pelakunya..ianya sudah kehilangan nilai2 ikhlas...
jadi tugas akulah sebagai orang ketiga untuk menceritakkan keikhlasan tersebut
sebagai pedoman insan2 lain.
Mengapa kita tidak tahu segala-galanya yg tersirat?
kerana allah jadikan ini sebagai jalan yg terbaik
supaya kita tidak mnjadi orang2 yg melampaui batas...
apabila kita sudah tahu kebaikkan org lain
tapi kita tetap berlaku kejam terhadapnya
kita menganiayai orag lain
jadilah kita manusia yg melampaui batas
Allah tahu manusia sering melakukan kesilapan
tetapi dia tddk suka terhadap org2 yg melampaui batas
yakni keterlaluan terhadap segala tindak tanduknya
sedarlah kita cuma manusia biasa
seorang hamba ...ya seorang hamba jika kau masih belum menyedarinya
hamba Allah...
p/s : pada pandangan semua adakah aku perlu menceritakan perbuatan yg mereka sendiri lakukan secara sembunyi kepada satu sama lain.
aku rasa aku tdk akn ceritakan kerana ia melibatkan ramai org dan ia mnjadi sia2 apabila salah faham akan memutar belitkan fakta sebenar.
Jika perkara buruk boleh dianggap baik bila berfikiran positive , perkara yg sebaliknya juga boleh berlaku apabila hati dibutakan dengan perasaan marah.
jadi bukakanlah dadamu seluas-luasnya untuk kemaafan kpd org lain , mudahkan dirimu untuk memaafkan perbuatan insan lain.Kerana engkau ,dia dan aku mungkin punya dosa yang sama.
Dan pasti kita semua bukanlah sempurna , ada silap dan ada salah yg mungkin kita tidak tahu, tidak sedar , tidak pasti atau tidak mahu akui kita juga salah...